Trending

Fertigasi Keusahawanan CILI KOMERSIAL

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BARU-BARU ini, saya berpeluang bersemuka dengan mentor pertanian moden yang bergiat aktif dalam bidang fertigasi keusahawanan cili secara komersial iaitu cikgu Taib Kipli.

 Beliau banyak berkongsi ilmu untuk menjadi usahawan cili secara komersial yang mampu memberi pulangan lumayan terutama kepada para belia di Sarawak. 

Menerusi, syarikat bumiputera berasaskan pertanian di bawah Sukip Farming, beliau banyak mengadakan bengkel khas buat petani baharu yang ingin menjadi usahawan cili. 

Justeru, beliau menegaskan golongan belia supaya menceburkan diri dalam bidang pertanian kerana bidang ini dilihat sentiasa berkembang dan relevan dalam meningkatkan pendapatan serta keterjaminan makanan. 

Malah, katanya pertanian juga merupakan bidang yang luas dan tidak memerlukan seseorang itu menuntut ilmu tinggi berbanding pekerjaan lain 

Asalkan memiliki tanah, modal dan minat. Ini kerana, matlamat utama beliau adalah untuk mengurangkan cili import dengan meningkatkan hasil pertanian dalam komuniti tempatan khususnya di seluruh Sarawak.

 Bagaimanapun, katanya ramai sebenarnya komuniti belia yang takut untuk bercucuk tanam kerana diadakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Justeru, Cikgu Taib berkata setiap usahawan tani perlu sentiasa menimba ilmu baharu berkaitan pertanian moden setiap masa agar usaha bimbang tiada tempat untuk memasarkan hasil tanaman.

 Walhal, pasaran cili di kawasan Kuching khususnya sangat luas dan petani tidak perlu bersusah payah menjual hasil tersebut kepada pemborong. 

Buktinya, Sukip Farming menjadi antara satu-satunya syarikat bumiputera yang boleh masuk dan membekalkan 200 kilogram cili seminggu di pasar raya CS sebelum ini.

Dan kini, hasil pertanian masih dipasarkan di pasar raya terkemuka. 

PERMINTAAN TINGGI

Di samping itu, katanya dia hanya fokuskan bidang fertigasi cili komersial kerana cili mempunyai permintaan yang sangat tinggi di pasaran dan mudah untuk dijual. 

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para petani agar tidak menjadikan bidang pertanian sebagai pilihan terakhir sebagai kerjaya masa depan.

Ini kerana, cikgu Taib melihat ramai dalam kalangan belia yang menceburi bidang pertanian hanya separuh jalan kerana tiada bimbingan mentor secara berterusan.

“Peserta tidak dapat dibiar bergerak sendiri dan perlu pemantauan mentor untuk memastikan petani berjaya mengeluarkan hasil yang banyak.

 “Sekiranya petani itu mampu menanam cili dengan baik, maka dia juga mampu menanam apa-apa sahaja tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan dengan baik.

“Ini kerana, penanaman cili merupakan tanaman yang agak sukar dan banyak diserang penyakit sekiranya tidak mengikuti prosedur penanaman yang betul,” jelasnya. 

Kunci kejayaan bidang pertanian, tambahnya bergantung kepada tiga komponen utama iaitu minat, ilmu dan modal.

“Kerajaan hanya membantu memberi kursus pertanian dan geran kepada peserta namun hanya membiarkan peserta bergerak sendiri.

“Pada penghujungnya, peserta yang menjalankan aktiviti fertigasi komersial berhenti separuh jalan kerana tiadanya bimbingan dan ilmu yang cukup daripada mentor yang berpengalaman apabila berdepan pelbagai masalah dalam pertanian,” ujarnya.

Menurut beliau, minat belia dalam pertanian moden boleh dipupuk menerusi penglibatan diri secara aktif dalam pelbagai kursus pertanian yang diadakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Justeru, Cikgu Taib berkata setiap usahawan tani perlu sentiasa menimba ilmu baharu berkaitan pertanian moden setiap masa agar usaha meningkatkan hasil tani dapat dilakukan secara berterusan.

Beliau yang juga pengasas SUKIP Farming bercita-cita tinggi menubuhkan pusat pengumpulan hasil tani agar dapat dijual secara komersial.

Matlamat utama beliau mengurangkan permintaan import dari luar sumber makanan berasaskan sayuran dan buahan-buahan di Sarawak. 

Berkongsi fakta, katanya seekar tanah mampu memuat 4,000 beg poli atau 8,000 batang pokok cili yang mampu menjana pendapatan bersih sehingga RM100,000 semusim. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

TEKANAN EMOSI DAN JIWA

Tekanan emosi atau stres merupakan situasi didepani jiwa seseorang tatkala

BUDAYAKAN SUKAN

TIDAK dinafi kan, salah satu usaha untuk kekal sihat secara

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru