ARTIKEL

Festival Kanak-kanak Sarawak di Pustaka Negeri 19 Ogos ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak bakal menganjurkan Festival Kanak-kanak Sarawak (SCF) di Pustaka Kuching, Miri dan Sibu pada 19 hingga 3 September ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Datuk Rosey Yunus berkata, ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan khas oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama rakan pintar untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.

“Ia akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak,Kuching pada 19 dan 20 Ogos 2023, manakala Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 26 dan 27 Ogos 2023 dan Sibu pada 2 dan 3 September 2023.

“Program yang memasuki edisi ke-6 penganjurannya memberikan pelbagai aktiviti menarik antaranya aktiviti STEAM, Junior vendor, aktiviti hands-on, dan Storytelling yang melibatkan pencerita yang dijemput khas daripada Korea, Indonesia, Singapura, Brunei dan pencerita tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi mempromosikan Program Sarawak Children’s Festival 2023 di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama katanya, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching menyediakan 11 ruangan aktiviti (activity space).

Baca lain  Gawai lebih bermakna

Katanya ia terdiri daripada Storyspace, Gastrospace, Makerspace, Fauna Space, Myhero Space, Marketspace, Performance & Cultural Space, Lestari Space, Gamespace dan Artistic space manakala Pustaka Miri mempunyai 12 ruangan aktiviti dan Pustaka Sibu mempunyai lapan (8) ruangan aktiviti.

“Semua penyertaan untuk program ini adalah percuma dan sasaran pada tahun ini ialah sebanyak 15,000 orang berbanding pada tahun lepas sebanyak 10,000 orang yang telah hadir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah program ini juga akan merasmikan Wendy’s House iaitu satu pondok permainan kanak-kanak yang didermakan oleh Jo Williams daripada BookTrust, United Kingdom sempena mengingati mendiang Wendy Cooling.

“Wendy Cooling merupakan seorang guru, penulis dan ahli Antologi yang juga merupakan pengasas Bookstart salah satu daripada program utama dibawah BookTrust.

Wendy’s House ini juga menyediakan buku kanak-kanak yang kebanyakannya ditulis oleh Wendy Cooling.

Beliau mendedahkan bahawa pPlbagai program bacaan bersama kanak-kanak dan ibu bapa akan dijalankan di ruang tersebut.

“Jadi jangan lepaskan peluang juga untuk menyertai cabutan bertuah, ais krim percuma untuk 200 orang terawal semasa program yang berlangsung selama dua (2) hari ini di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching nanti,” katanya.

Baca lain  Curi wang tunai milik rakan sekerja, remaja perempuan dikenakan bon berkelakuan baik 

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan), Pustaka Negeri Sarawak Salina Zawawi, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pebglibatan Komuniti Pustaka Negeri Sarawak Ramdzan Saman, Pustakawan Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti Dayang Najwa Hazwani.

BERITA LAIN

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland