ARTIKEL

FESTIVAL KUCING bertaraf antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan Festival Kucing Antarabangsa Kuching 2026 di Tebingan Kuching pada 2 hingga 4 Oktober depan dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Festival yang sinonim dengan identiti bandar raya Kuching sebagai “Bandar Raya Kucing” itu dijangka sekali lagi menjadi antara acara pelancongan yang paling dinanti-nantikan oleh warga Kuching serta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Penganjuran pada tahun ini menampilkan pelbagai pengisian menarik yang memenuhi cita rasa pencinta kucing, keluarga dan orang ramai.

Antara acara utama yang akan berlangsung adalah Pertunjukan Kucing Antarabangsa WCF yang menghimpunkan kucing bertaraf antarabangsa mengikut piawaian Persekutuan Kucing Sedunia (WCF).

Selain itu, perarakan kucing akan menampilkan perarakan kreatif dan berwarna-warni yang melibatkan pemilik bersama kucing kesayangan masing-masing.

Turut diadakan ialah My Cat Expo yang menawarkan pelbagai produk, aksesori, makanan, perkhidmatan serta pameran berkaitan penjagaan kucing daripada pelbagai agensi, syarikat dan pengusaha tempatan.

Festival ini bukan sahaja menjadi platform untuk menghimpunkan komuniti pencinta kucing, malah turut menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan serta memperkukuh jenama Kuching sebagai destinasi pelancongan unik yang terkenal dengan identiti kucing.

DBKU menjemput seluruh warga kota bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk hadir memeriahkan festival itu.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran festival berkenaan.

Orang ramai juga disaran mengikuti saluran media sosial rasmi DBKU bagi mendapatkan maklumat terkini, jadual program dan pengumuman berkaitan festival dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka

Al-Quran panduan bentuk akhlak

Kejayaan mengkhatamkan al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan seorang Muslim untuk mendalami kitab suci itu, sebaliknya menjadi permulaan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

BERITA TERBARU