HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Festival Mistik Bidayuh (BMF) pamer budaya, seni dan masakan Bidayuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Willie mengajak orang ramai memeriahkan BMF pada 29 hingga 31 Julai ini di Gereja St Paul Benuk, Jalan Puncak Borneo. (Foto Mohd Alif Noni)
Willie mengajak orang ramai memeriahkan BMF pada 29 hingga 31 Julai ini di Gereja St Paul Benuk, Jalan Puncak Borneo. (Foto Mohd Alif Noni)

PADAWAN: Festival Mistik Bidayuh (BMF) 2022 julung kali diadakan akan mempamerkan budaya, seni dan masakan tradisional Bidayuh.

Festival anjuran Persatuan Segu Bunuk Penrissen (PSBP) ini berlangsung selama tiga hari, mulai 29 hingga 31 Julai di Gereja St Paul Bunuk, Jalan Puncak Borneo.

Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, budaya, seni dan masakan tradisional kaum Bidayuh kini kian dilupai ketika ini.

“Itu tujuan festival ini diadakan, kami mahu membawa mistik budaya Bidayuh, daya tarikannya dan mengembalikan keistimewaan pada masakan ini,” katanya pada sidang media sempena BMF, di sini hari ini.

Willie yang juga penaung PSBP berkata pelbagai aktiviti diadakan pada festival tersebut iaitu pertandingan memasak masakan Bidayuh, pertandingan tarian poco-poco serta acara kemuncak iaitu pertandingan ratu cantik Dayung Remus yang menawarkan hadiah kemenangan RM2,000, piala, selempang, sijil serta hadiah yang lain.

Tambahnya, agensi Kerajaan Persekutuan dan Sarawak serta sektor swasta juga dijemput pada festival ini.

“Festival ini juga terbuka kepada komuniti Bidayuh dari seluruh Sarawak dan juga lain-lain kaum untuk menghadiri festival ini.

“Mereka dapat memberi sokongan dan meraikan bersama-sama kita untuk memeriahkan festival ini.

“Ia memastikan kita dapat mempelajari budaya dan menghormati satu sama lain dan hidup bersama dalam Keluarga Malaysia yang besar,” ujarnya.

Turut hadir Presiden PSBP Gabriel Michael dan Setiausaha PSBP Aden Nagrace.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru