ARTIKEL

Festival Muzik Air Borneo Songwak tarikan baharu Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Festival Muzik Air Borneo Songwak mampu dijadikan produk ekopelancongan di Sarawak.

Presiden Sarawak Motorsport Associations (SMA) merangkap Senator Dewan Negara Datuk Ahmad Ibrahim berkata, program julung kali diadakan di Sarawak ini mampu meningkatan ekonomi serta sumber pendapatan negeri.

“Festival Songwak lebih kepada festival muzik air yang menerapkan prinsip eko hijau dan kelestarian alam sekitar.

“Ia membuktikan kita menyokong usaha golongan muda untuk menganjurkan program yang memberi manfaat kepada Sarawak termasuk orang ramai,” katanya pada sidang media yang diadakan di Damai Lagoon di sini, petang tadi.

Sementara itu, penganjur festival merangkap Pengarah Primajaya Bersatu Sdn Bhd, Abang Azizan Iliya berkata, meskipun festival itu menerapkan elemen festival air, Songkran yang diadakan di Thailand saban tahun, Songwak di Sarawak mempunyai kelainan tersendiri.

Bagi Festival Songwak yang diadakan selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Julai ini menggabungkan tiga konsep unik iaitu festival air, gaya hidup muzik, prinsip eko hijau.

“Kita tidak menerapkan budaya Thailand cuma mempraktikkan konsep pesta air yang digunakan. Sebaliknya, kita menerapkan budaya di Sarawak sepanjang festival berlangsung kelak selain menarik kedatangan pelancong ke negeri ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata harga tiket pembelian awal ditawarkan pada harga RM250 untuk kemasukkan tiga hari sementara bagi pakej sekali penginapan, harga tiket pakej Beach Warrior tiga hari dua malam untuk dua orang berharga RM1,388 di Damai Beach.

Pakej Lagoon Warrior dengan penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Damai Lagoon berharga RM1,888 dengan pas kemasukan ke festival dan lain-lain, ujarnya.

Dianjurkan di Kampung Budaya Sarawak, pelbagai aktiviti dirancang untuk diadakan sepanjang tiga hari penganjuran antaranya percikan air, persembahan muzik oleh artis antarabangsa dan tempatan, pertunjukan budaya, pesta makanan, mini fun fair dan banyak lagi.

Festival ini turut menyasarkan pengunjung dari dalam dan luar negara terutama dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam, Kalimantan Barat, China, Singapura dan Romania.

RAKAM KENANGAN… Ahamd Ibrahim (tengah) merakam kenangan bersama-sama penganjur dan ahli SMA selepas menyempurnakan ‘flag off’ perlepasan konvoi.
BERCAKAP… Ahmad Ibrahim menjawab soalan daripada pemberita sambil disaksikan Abang (pertama kiri) dan Loo Khere Chiang (pertama kanan).

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari