HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak kembali, saksikan secara maya 20 dan 21 Nov ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdul Karim bersama-sama Setiausaha Tetap Kementerian, Hii Chang Kee serta penganjur lain menunjukkan poster SIFMA 2 selepas sidang media di Kuching, hari ini.

KUCHING: Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) Edisi Kedua kini kembali secara maya bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petra Jaya pada 20 dan 21 November ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selepas acara julung diadakan pada tahun 2019, SIFMA kali ini dianjurkan oleh International Music House Kuching (IMH) dan ditaja kementeriannya akan menampilkan dua bahagian konsert.

“Pertama, ia akan membawa Sarawak ke persada dunia yang merangkumi cerita perjalanan muzik daripada semua komuniti etnik utama Sarawak.

“Antara penghibur dari Sarawak yang terlibat adalah Sarawak Chinese Ensemble yang diketuai Kenwy Ho Khong Wee, iaitu Pengarah Akademi Muzik dan Seni Kenwy di Kuching,” katanya pada sidang media mengenai SIFMA 2 di Bangunan Baitulmakmur 2 di sini, hari ini.

Sementara bahagian kedua konsert, Abdul Karim berkata ia akan menampilkan penghibur terbaik dalam muzik dan tarian termasuk penari Balet Bolshoi yang terkenal dari Rusia, konduktor pemenang anugerah Suc Song Moi Ensemble, Quang Vinh Dong, penyanyi dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), kumpulan budaya Visayan dari Filipina dan banyak lagi.

“Acara hibrid dua hari berkenaan akan dipersembahkan secara langsung di DUN menerusi strim langsung menerusi Facebook dan YouTube rasmi @sifmaofficial pada jam 7.30 malam.

“Sementara acara persembahan secara maya pada 21 November 2021 bermula dari jam 5 petang hingga 7 malam.

“Setakat ini SIFMA telah menerima 10,000 pendaftaran setakat ini, bagi yang berminat dan mahu mendaftar boleh mendaftar menerusi http://www.sifma.com.my/register.php#here, ” katanya lagi.
.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru