ARTIKEL

Raden (dua kiri) bersama-sama Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng (tiga kiri) melakukan upacara perasmian sempena Festival PKS Borneo yang pertama.

Festival PKS Borneo beri manfaat kepada usahawan kecil dan sederhana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Festival Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Borneo yang julung kali dianjurkan oleh Konsulat Indonesia di Kuching memberi pengetahuan baharu kepada usahawan kecil dan sederhana di kepulauan Borneo dalam ekonomi dan perniagaan.

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono berkata, festival yang diadakan secara empat dalam satu itu bukan sahaja merangkumi bazar makanan dan minuman, malah turut diadakan seminar, klinik bimbingan serta pertemuan mesyuarat perniagaan.

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono berucap pada Festival PKS Borneo yang pertama.

Justeru katanya, ia akan memberi manfaat kepada usahawan kecil dan sederhana yang menyertai festival tersebut.

“Festival ini tidak terhenti di sini sahaja, tetapi akan dilanjutkan lagi pada masa akan datang dengan penganjuran pada skala yang lebih besar.

“Malah ia bukan sahaja disertai PKS Kalimantan, Indonesia dan Sarawak, jiran dari Utara, Sabah dan Brunei juga akan ikut serta,” katanya berucap pada perasmian Festival PKS Borneo yang pertama di pekarangan Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.

BERITA LAIN

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap