ARTIKEL

Seorang peserta mennyampaikan puisi sambil mempamerkan pakaian tradisional Iban.

Festival Puisi Bandar Raya Miri tarik minat masyarakat pelbagai kaum kepada kesusasteraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Promosi karya sastera penulis-penulis tempatan ditonjolkan melalui penganjuran Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri (MPPBM) 2024 yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak Miri semalam.

Penganjuran pada tahun ini diadakan sempena Sambutan Hari Bandar Raya Miri ke-19 dan sebagai tanda penghargaan, program ini turut dimasukkan ke dalam Kalendar Aktiviti Sambutan Miri Fest 2024.

Program ini melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Majlis Bandaraya Miri (MBM), Pustaka Negeri Sarawak dan Pejabat Residen Miri.

Timbalan Datuk Bandar Raya Miri, Kaunselor Ariffin Mohamad, berharap program ini akan menjadi asas dalam membentuk serta memupuk minat masyarakat Miri kepada bidang kesusasteraan kebangsaan.

“Usaha seperti ini dapat melahirkan karyawan dan ilmuan dalam bidang kebahasaan, sastera dan persuratan.

“Peranan dan sumbangan mereka diperlukan dalam memperkasakan sastera kebangsaan sebagai tatapan generasi masa hadapan,” katanya lagi.

Selain itu, turut diadakan persembahan deklamasi puisi dan lagu puisi oleh penggiat seni dan sastera yang hadir selain majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sayembara sempena Festival Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri 2024 yang berlangsung dari 20 hingga 23 Mei lalu.

Puisi yang dibacakan semalam ditulis khas dengan mengangkat keunikan Bandar Raya Miri sebagai tema.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai, Sasterawan Negeri Sarawak, Zainal Abidin Suhaili, ahli-ahli MBM serta Ketua Masyarakat dan Kaum.

Hadirin yang datang untuk mendekatkan diri dengan kesusasteraan tempatan dan kebangsaan. – Foto: UKAS
Satu lagi persembahan pada majlis berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU