ARTIKEL

Snowdan mencuba makanan pada Majlis Pelancaran Inkubator Gastronomi Sarawak (SAGO) di sini, hari ini. Turut kelihatan Evelyn Teo (kanan).

Festival SAGO pupuk inovasi terhadap usahawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pesta Gastronomi Sarawak (SAGO) tahun ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Julai ini, manakala Pesta Tuak Borneo diadakan pada 14 hingga 17 September depan.

Pengerusi SAGO Group, Evelyn Teo, berkata ia susulan kejayaan pesta tersebut pada tahun lalu setelah merekodkan lebih 12,000 pengunjung dan 4,000 pengunjung bagi Pesta Tuak Borneo.

“Saya berharap semoga tahun ini kita dapat berkembang dengan lebih besar lagi,” katanya.

Tambahnya, Inkubator SAGO 2024 juga menandakan permulaan perjalanan transformatif untuk lapan perusahaan makanan dan minuman yang inovatif.

Evelyn berkata program ini bertujuan untuk memupuk inovasi, kreativiti dan keusahawanan dalam landskap kulinari Sarawak, dengan tumpuan ke arah meningkatkan daya tarikannya kepada pelancong serta penduduk tempatan.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat