ARTIKEL

Festival Sarawakiana sumbang ekonomi di peringkat global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Festival Sarawakiana pada tahun ini yang bertemakan Warisan Tekstil Sarawak dipercayai mampu menyumbang kepada ekonomi di peringkat global, kata Datuk Rosey Yunus.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu berkata, penganjuran festival tersebut mampu membantu dari segi pembangunan kandungan tempatan dengan memperkayakan budaya komuniti.

Menurutnya, ia mampu memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti ekonomi di Sarawak sama ada pasaran tempatan atau luar negara selain mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan baharu.

“Pembangunan kandungan tempatan bukanlah hanya sekadar usaha bagi satu masa sahaja tetapi ia merupakan perjalanan panjang dan berterusan.
“Ia memerlukan komitmen berterusan seiring keperluan masyarakat yang sentiasa berkembang.

Saya percaya festival ini mampu menyumbang kepada ekonomi global,” katanya pada Majlis Perasmian Festival Sarawakiana di Pustaka Miri di sini.
Di samping itu, Rosey menjelaskan, di Korea Selatan, industri hiburan merupakan antara sektor yang menjadi penyumbang terbesar kepada lonjakan ekonomi negara tersebut.

Justeru katanya, tidak mustahil hasil kandungan tempatan di Sarawak mampu menyumbang kepada ekonomi global.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seni kraf tangan di Sarawak seperti sulaman keringkam dan tenunan, sulam cabut dan simo, tenunan songket, tenunan pua kumbu dan selampai Iban mempunyai potensi tinggi menembusi pasaran dalam dan luar melalui penerapan teknologi baharu.
“Usaha berterusan dalam memastikan kesinambungan warisan budaya Sarawak termasuk usaha pengumpulan, pemuliharaan dan penyebaran maklumat warisan tradisi harus diperluaskan ke peringkat antarabangsa.

“Pendekatan yang digunakan haruslah mengikut peredaran masa dan permintaan global seperti penggunaan media sosial dan melalui teknik kecerdasan buatan (AI).

“Jika tarian tradisional dapat dipentaskan ke persada antarabangsa seperti teater muzikal Upin dan Ipin, maka festival ini boleh menjadi satu platform bagi mempromosikan kekayaan budaya, seni kreatif serta peninggalan sejarah kita kepada seluruh dunia untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU