ARTIKEL

Festival Tarian Kreatif Etnik Borneo promosi keunikan budaya, warisan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Festival Tarian Kreatif Etnik Borneo (Ethdance) 2023 yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember ini bertujuan mengetengahkan keunikan budaya, seni serta tradisi kepulauan Borneo kepada dunia.

Pengarah Program, Mohd Amaludin Salleh berkata, program anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak (MTCP) itu mempromosikan warisan dan budaya masyarakat pelbagai kaum.

Ethdance katanya, menjanjikan pengalaman baharu menerusi pelbagai acara menarik yang ditonjolkan melalui tarian dan persembahan kebudayaan.

“Program terbuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia. Bagaimanapun untuk pertandingan kali ini penganjur mengehadkan hanya 14 kumpulan tarian sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, program juga sebagai platform memperkenalkan seni dan budaya Borneo kepada seluruh masyakakat antarabangsa, sekali gus menyediakan ruang khususnya untuk penggiat seni tari tempatan.

“Kita berharap penganjuran EthDance 2023 ini mampu mempromosikan dan menyerlahkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan memandangkan penyertaan turut terbuka kepada peserta luar negara seperti Indonesia, dan Brunei Darussalam,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, bagi yang berminat menyertai pertandingan boleh memuat turun syarat dan borang penyertaan di http://ethdance2023.upm.edu.my/ atau laman sesawang https://btu.upm.edu.my/.

Sebarang pertanyaan, serta maklumat lanjut boleh hubungi Rosidah Basir, 019-2762004 (rosidahbasir@upm.edu.my), Asniar Salim, 013-8041030 (asniar@upm.edu.my) dan Masna Suhaili 012-8797212 (masna@upm.edu.my)

Penyertaan perlu dibuat selewat – lewatnya sebelum atau pada 17 November ini.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim