ARTIKEL

(Duduk dari kiri) Izkandar dan Brendan Chinserta lain-lain menunjukkan poster publisiti Festival WAK Sibu.

Festival WAK melebarkan sayap ke Sibu dari 25-28 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Festival ‘What About Kuching’ (WAK) yang sangat popular kini sedang melebarkan sayapnya ke Sibu.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, berkata festival itu akan berlangsung dari 25 hingga 28 Julai depan di Pusat Warisan Sibu, Jalan Central di sini dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Menurutnya, WAK ialah platform festival terbuka khusus untuk seni, budaya dan gaya hidup.

Beliau menegaskan bahawa WAK Sibu mengalu-alukan ramai komuniti kreatif di Sibu dan kawasan sekitarnya untuk datang dan menjadi sebahagian daripada perayaan yang menarik ini.

“Sejak penubuhannya sebagai festival akar umbi pada 2017, WAK telah berkembang menjadi acara penting dalam kalendar pelancongan kita, dengan menarik penonton sebanyak 277,766 pada 2023.

“Pertumbuhan dan kejayaan berterusan ini telah mendorong Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, untuk memulakan gerakan acara ini diperluaskan ke bandar-bandar lain di Sarawak, khususnya Sibu dan Miri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Festival WAK, Brendan Chin, berkata WAK antara lain adalah untuk meningkatkan ketibaan pelancong yang lebih besar bagi memanfaatkan ekonomi tempatan dan menyediakan platform buat personaliti untuk mempamerkan usaha mereka yang bebeza, termasuk seni, budaya dan gaya hidup.

Cadangan bagi acara WAK Sibu boleh dikemukakan bermula pada hari ini (24 Jun), ujarnya.

Beliau berkata, semua rakan usaha sama dan kreatif yang berminat untuk mengadakan acara mereka di WAK Sibu dikehendaki mengemukakan cadangan mereka secara dalam talian di
www.aboutkuching.com atau https://bit.ly/waksibucfp.

Borang penyertaan bagi cadangan dan maklumat lain festival yang komprehensif boleh diakses di laman web www.aboutkuching.com, bersama-sama dengan arahan langkah demi langkah untuk penyerahan cadangan.

Semua cadangan hendaklah dikemukakan sebelum 30 Jun ini.

WAK mempamerkan pelbagai jenis genre yang ditawarkan oleh komuniti kreatif, daripada persembahan muzik secara langsung, cabaran sukan, pameran seni dan kraf, program melibatkan kanak-kanak, pameran komuniti tempatan dan bengkel profesional antarabangsa.

Pergerakan Festival WAK bercita-cita untuk mempromosikan minat kreatif tempatan dalam kalangan khalayak tempatan dan global, semuanya selaras dengan prinsipnya, ‘Oleh Komuniti, Untuk Komuniti’.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya