ARTIKEL

Fesyen, barang kemas antara terlaris di Shopee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Shopee Rai Lokal merekodkan jumlah jualan RM4.6 juta sepanjang 12 bulan lalu, menerusi lebih 2,300 penstriman langsung Shopee Live.

Jualan 9.9 menerusi Shopee Live yang lalu menyaksikan pesanan penjual tempatan berkembang sebanyak 36 kali ganda.

“Separuh daripada barangan terjual adalah produk fesyen yang terbahagi kepada pakaian baharu dan terpakai, ini diikuti barangan kemas, produk wangian dan kecantikan merangkumi 25 peratus daripada barangan di penstriman langsung.

“Lebih menarik, empat penjual terbaik dari Pulau Pinang menyumbang jualan tertinggi RM1.5 juta kepada wilayah Utara Malaysia.

Ia diikuti wilayah Tengah Malaysia pada RM1.2 juta barangan terjual,” kata Shopee dalam satu kenyataan.

Menurut Shopee, Pantai Timur merupakan rantau paling aktif dengan 30 peratus penstriman langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.

Bagi rekod pesanan penstriman langsung tertinggi sepanjang tahun, NaNNa Crystal Jewellery dari Pulau Pinang mencatatkan rekod pertama tertinggi, manakala ____ SSLine29____her’s bag Heanny dari Sarawak di tempat kedua dan ketiga, Miera E-store dari Kuala Lumpur.

Penjual yang memanfaatkan Shopee Live menunjukkan pertumbuhan mengagumkan termasuk Lulu Waniey, pemilik Lulu Resources dari Kota Bharu, Kelantan yang menawarkan pakaian Muslimah.

Sebelum Shopee Live, Lulu beroperasi di pasaran luar talian seperti pasar malam.

Dia kemudian mengubah nasibnya menerusi Shopee Live dengan mengembangkan capaian pelanggannya serta meningkatkan jualan sehingga RM100,000 sebulan.

“Perniagaan saya kini 100 peratus di Shopee Live, tambahan lagi, saya kini mempunyai keseimbangan kehidupan antara pekerjaan dengan keluarga.

“Menjalankan perniagaan di Shopee Live memberikan saya bukan sahaja kegembiraan tetapi juga kepuasan hidup,” katanya.

Sementara, Ooi Zhi Wei, pemilik Zhi Wei Herb yang menjual herba dan kacang Gred A bernutrisi, merupakan antara penjual pertama yang menyertai Shopee Live pada 2019.

Di Shopee Live, Zhi Wei berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, menunjuk demo produk, dan memastikan ketelusan pada setiap penstriman langsung.

Seperti Lulu Resources, Zhi Wei Herb turut menyaksikan perniagaannya berkembang dengan pantas. 

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan