ARTIKEL

Fifa umum senarai stadium untuk perlawanan Piala Dunia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENEVA: FIFA pada Rabu mengeluarkan senarai nama 16 stadium yang akan menjadi gelanggang untuk perlawanan sempena Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

Piala Dunia 2026 bakal menjadi penganjuran pertama yang berlangsung di tiga negara, dengan bilangan pasukan yang mengambil bahagian dijangka meningkat daripada 32 pasukan kepada 48.

Toronto dan Vancouver di Kanada akan menjadi tuan rumah, manakala di Mexico pula perlawanan akan diadakan di sebuah stadium masing-masing di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.

Amerika Syarikat akan mengadakan perlawanan di 11 stadium iaitu di Seattle, San Francisco, Los Angeles, Kansas City, Dallas, Atlanta, Houston, Boston, Philadelphia, Miami dan New York/New Jersey. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU