Trending

Fildza Maisara tertarik seni bela diri WUSYU

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

WUSYU merupakan seni bela diri yang berasal dari China.

Perkataan wusyu terbahagi kepada dua iaitu Wu membawa maksud ilmu perang dan Shu membawa maksud seni.

Jika di China, wusyu juga dikenali sebagai guoshu bermaksud seni bela diri kebangsaan.

Seni bela diri ini semakin menjadi perhatian terutama bagi penduduk di sekitar Mukah.

Mula menyertai Persatuan Wusyu, Tarian dan Tarian Singa seawal tujuh tahun, Fildza Maisara,15, mengakui ibunya yang mendorong dirinya aktif dalam seni bela diri ini.

“Walaupun saya menyertai wusyu pada usia 7 tahun, tetapi saya aktif pada usia 9 tahun.

“Saya masih kecil ketika itu dan tidak mempunyai idea untuk menyertai mana-mana seni bela diri.

“Jadi, saya mengikut kata ibu sahaja,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dedahnya, pada awal penyertaan hanya mengikuti rakan, tapi lama-kelamaan, minat kepada seni bela diri ini semakin mendalam.

“Saya mula menyertai banyak pertandingan dan Alhamdulillah, pernah menjuarai pertandingan yang disertai.

“Sebelum pandemik Covid-19, memang banyak pertandingan yang dianjurkan.

Selepas pandemik ada Pertandingan Seni Tarian Singa, Naga dan Wusyu Peringkat Sarawak 2022 di Dewan Suarah Mesra, Mukah.

“Semasa pertandingan tersebut diadakan, saya mendapat johan untuk pertandingan wusyu,” jelasnya.

PERTANDINGAN DAN PERSEMBAHAN

Dedahnya, peringkat paling tinggi yang pernah disertainya ialah “Borneo International” dan tentunya memerlukan latihan keras.

“Pertandingan dan persembahan kedua-duanya memerlukan latihan beberapa hari sebelum hari kejadian supaya ia berjalan dengan lancar. 

“Namun, untuk persembahan, kadang-kadang saya berlatih pada saat-saat akhir kerana sibuk dengan sekolah,” ujarnya.

Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick Mukah berkata, memang perlu menyeimbangkan masa belajar dan latihan.

“Latihan wusyu tidak mengganggu persekolahan kerana ia diadakan selepas waktu persekolahan. Pada 5 petang sehingga 7 malam atau 7 sehingga 9 malam. 

“Biasanya, saya berlatih pada malam, tetapi apabila musim peperiksaan, saya tidak terlibat dengan latihan kerana mengulang kaji pelajaran,” katanya lagi.

STAMINA

Katanya, untuk menyertai dan mempelajari wusyu, stamina individu itu mestilah kuat.

“Disebabkan saya mempunyai darah rendah, agak sukar meningkatkan stamina walaupun hadir latihan setiap hari. 

“Ia menjadi cabaran besar bagi saya meneruskan dan aktif dalam seni bela diri ini,” jelasnya lagi. 

Ujarnya, dia bersyukur, ahli keluarga sentiasa memberi sokongan dan hadir melihatnya setiap kali pertandingan serta persembahan yang diadakan. 

Dia juga berharap lebih ramai yang berminat untuk mempelajari dan mengenali budaya seni bela diri ini. 

“Walaupun bukan berbangsa Cina, digalakkan untuk menyertainya kerana semakin ramai, semakin seronok untuk berlatih,” tambahnya. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru