ARTIKEL

Abang Johari sebak ketika menceritakan pengalamannya dididik oleh Allahyarham Tun Taib pada sidang media di balai ketibaan VIP, LTAK sebentar tadi.

Filem Antara Dua Darjat diadaptasi Allahyarham Tun Taib untuk memberi khidmat yang setara kepada rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Filem P. Ramlee, Antara Dua Darjat adalah antara yang diadaptasikan oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam memberi khidmat yang setara kepada rakyat.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, falsafah daripada filem itu pernah dikongsikan oleh Allahyarham kepadanya sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang adil tanpa mengira darjat.

“Dari sudut sosial, kita tahu Allahyarham adalah peminat P. Ramlee kerana filem – filem P. Ramlee ada mempunyai falsafah.

“Umpamanya filem Antara Dua Darjat…beliau selalu bercerita dengan saya mengenai kualitinya dan kalau dilihat dalam filem ini, bermakna kita hendaklah memberikan khidmat yang setara dengan setiap manusia.

“Inilah satu-satunya kedalaman jiwa Tun Taib yang begitu mendalam sehingga boleh menganalisa falsafah hidup,” katanya pada sidang media di balai ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

Filem Antara Dua Darjat adalah berkisar tentang halangan percintaan terhadap sepasang kekasih disebabkan pegangan keluarga yang berpegang pada tangga darjat dan keturunan yang mana tiada boleh disatukan mereka yang berdarjat tinggi dan berdarjat rendah lalu mencetuskan konflik yang berdarah, tekanan jiwa, pertelingkahan keluarga sehinggalah kepada hipokrasi dan pembunuhan jiwa.

Baca lain  Taib Mahmud hadiri rumah terbuka

Dalam pada itu, Abang Johari berkata telah dididik oleh Allahyarham sejak memasuki politik pada tahun 1981.

“Ketika beliau menjadi Ketua Menteri, saya bersama-sama dengan beliau menghadapi cabaran dan dapat menstabilkan politik negeri ini hingga kita mendapat kejayaan yang besar,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan adalah penting untuk seluruh rakyat Sarawak amnya menjaga keharmonian kerana itu penekanan diberi oleh Allahyarham, selain harus merendah diri dan berkhidmat untuk meningkatkan hidup rakyat.

“Saya masih ingat ketika dilatih menjadi Menteri Muda Pertanian, beliau meminta saya tolong bantu petani dan juga rakyat hingga kita pertama kali mengadakan Hari Peladang, kita mulakan di Samarahan.

“Ini adalah satu pengajaran yang begitu baik daripada Allahyarham, bukan sahaja kepada saya tapi semua rakan ketika kami masih muda…saya sangat berterima kasih kepada beliau,” katanya dalam nada sebak.

Abang Johari turut menyifatkan Allahyarham sebagai tidak lokek dengan pengalaman dan sering berkongsi pengalaman kepada mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata segala yang dipelajari daripada Allahyarham Tun Taib akan terus digunakan untuk memimpin Sarawak, meskipun perlu beralih dan melangkah kepada era ekonomi digital dan hijau.

Baca lain  Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Abdul Taib

tamat

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang