ARTIKEL

Filem karya Sean Baker ‘Anora’ menang Palm d’Or di Cannes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CANNES, Perancis: Pengarah filem dari Amerika Syarikat (AS), Sean Baker, memenangi hadiah utama, Palme d’Or, di Festival Filem Cannes semalam menerusi filemnya, ‘Anora’, yang mengalahkan 21 filem lain, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Juri yang diketuai pembuat filem AS, Greta Gerwig, yang mengarahkan ‘Barbie’, menganugerahkan hadiah berprestij itu kepada Baker bagi ceritanya tentang seorang penari bernama Ani yang bertemu dengan anak seorang oligarki, yang kemudian mengahwini wanita itu tanpa restu ibu bapanya.

Mereka melakukan segala yang termampu untuk memutuskan hubungan mereka.

Filem yang bergerak pantas itu adalah campuran komedi dan drama, yang memukau penonton dengan plot yang tidak dijangka serta banyak humor.

Grand Prix, anugerah kedua paling penting di festival itu, dianugerahkan kepada ‘All We Imagine as Light’ oleh pengarah India, Payal Kapadia.

Pengarah Perancis, Jacques Audiard, menerima Hadiah Juri untuk filem muziknya, ‘Emilia Pérez’. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

CHE TA puji pakaian AAISYAH

BARU-BARU INI, tular satu video dimuat naik di TikTok milik Che Ta yang memuji anak perempuannya, Aaisyah memakai khimar. Menerusi video tersebut, Che Ta memberitahu

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit