Trending

Final Liga Serian pada 1 Oktober

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PRESIDEN SFA...Phillip Jabu.

KUCHING: Perlawanan akhir kempen Liga Serian 2023 akan berlangsung pada 1 Oktober depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu memberitahu, pihaknya memuktamadkan tarikh perlawanan akhir tersebut dalam mesyuarat semalam.

“Keputusan telah dicapai dan dipersetujui barisan Exco SFA dengan gelanggang perlawanan akhir kekal di Kompleks Sukan Serian dan sepak mula pukul 3 petang,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tegas Phillip, dua pasukan pilihan iaitu X-Movent dan SP FC berjaya mara ke perlawanan akhir.

“Kedua-dua pasukan terbabit berjaya mengesah slot untuk merebut gelaran juara itu selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir minggu lepas,” ujarnya.

Pada perlawanan separuh akhir itu, X-Movent mengatasi MDH FC dengan kemenangan selesa (4-0). Berbanding, kemenangan tipis (3-2) dicatat SP FC ke atas TBS 23.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru