ARTIKEL

Final Piala Cabaran 2023: Kuching City memburu kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

CAPTION: – KEJAR…Bintang berpengalaman, Rafiezan Razali (kiri) berlari untuk mendapatkan bola semasa latihan. – FOTO KC FC

H- Final Piala Cabaran 2023: Kuching City memburu kemenangan

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak melihat peluang pasukannya untuk memenangi perlawanan akhir pertama Piala Cabaran 2023 menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam esok seimbang.

Bagaimanapun, jurulatih kekahiran Singapura itu tidak mahu pemainnya dibuai keyakinan yang tinggi ke arah itu kerana situasi sebaliknya boleh berlaku. 

Apatah lagi, kelebihan dimiliki PDRM FC yang beraksi di halaman sendiri untuk perlawanan akhir pertama itu.

“Misi kita untuk perlawanan akhir pertama malam esok cuma satu, mahu memastikan kemenangan.

“Saya ingatkan kepada pemain agar jangan terlalu yakin, harus sentiasa berwaspada kerana PDRM FC  juga tidak rela kelebihan yang dimiliki malam esok terlepas begitu sahaja,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Aidil, strategi terbaik sudah dirangka dan bakal diguna pakai barisan kesebelasan utama yang akan dipertaruhkan malam esok.

“Kita tahu PDRM FC mempunyai kekuatan tersendiri dan corak serangan pantas ketika diasak antara elemen yang sering menghadir igauan ngeri kepada lawan mereka,” tambah Aidil.

Beliau mengakui sudah mempersiapkan jenteranya untuk berdepan situasi tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais