Firdaus pintas Azizulhasni

PELUMBA trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mengetepikan cabaran rakan senegara yang juga juara bertahan Mohd Azizulhasni Awang untuk merangkul emas acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 semalam.

Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kedua manakala pelumba tuan rumah, Matthew Richardson menduduki tempat ketiga dalam saingan di Velodrom Anna Meares di Brisbane.

Terdahulu, pada pusingan awal, Azizulhasni muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 10.35 saat (s) pada saringan pertama dan Shah Firdaus memenangi saringan 2 dengan 10.53s. “Kayuhan tidak seberapa kuat dan pecutan tidak di tahap terbaik.

Tetapi Alhamdulillah ia sentiasa seronok untuk melengkapkan podium. Terima kasih banyak kepada persatuan berbasikal Australia kerana sudi menjadikan kami sebahagian daripada kejohanan berprestij ini,” kata Shah Firdaus dalam hantarannya di media sosial.

Pada edisi lepas, Disember lalu, Azizulhasni, 33, bergelar ‘The Pocket Rocketman’, muncul juara manakala Shah Firdaus, 26, merangkul gangsa.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Mac 2021

Suara Sarawak