ARTIKEL

Fokus dua kejohanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAGUH bina badan negara kelahiran Sarawak, Dr Malvern Abdullah kini giat mempersiapkan diri untuk menghadapi dua kejohanan berprestij tahun ini.

Kejohanan Bina Badan Mr Asia & Sukan Fizik Ke-55 2023 akan berlangsung di Kathmandu, Nepal, bermula dari 1 hingga 7 September dan Kejohanan Bina Badan Dunia & Sukan Fizik Ke-14 2023 yang akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada 6 hingga 12 November.

“Selepas acara bina badan disingkirkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023, fokus saya ketika ini terarah kepada persiapan untuk dua kejohanan besar itu.

“Ketika ini sesi latihan berjalan seperti biasa,” ujar Malvern kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, persiapan rapi perlu dilakukan, mengambil kira saingan sengit bakal diharunginya dalam dua kejohanan itu.

“Saya percaya saingan sengit akan dihadapi kerana ramai wakil dari negara lain yang terlibat untuk kedua-dua kejohanan itu kelak,” tambah Malvern.

Malvern berjanji untuk mempamer aksi terbaik dalam kejohanan itu nanti.

Beliau berusaha untuk mengekalkan status pemenang pingat emas pada Kejohanan Bina Badan Dunia & Sukan Fizik 2022 menerusi kategori Lelaki Fizik (160 cm).

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

BERITA TERBARU

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Rangka manusia ditemui dalam semak kebun durian

BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar