ARTIKEL

Fokus kepada sukan berpotensi sumbang pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) perlu membuat perancangan terbaik dalam menilai sukan-sukan berpotensi menyumbang lebih banyak pingat kepada kontinjen Malaysia dalam mana-mana temasya disertai.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata pendekatan perlu dilakukan termasuk menambah peruntukan kewangan serta menghantar atlet berpotensi menyertai latihan di luar negara, selain merangka program latihan yang lebih baik buat mereka.

“Langkah itu diyakini dapat membantu kontinjen negara dalam soal kutipan pingat.

“Bagaimanapun, tumpuan kepada acara ‘lubuk emas’ seperti olahraga dan renang bukan bermakna agensi bertanggungjawab meningkatkan mutu sukan itu perlu meminggirkan sukan lain yang turut berpotensi menyumbang pingat emas buat negara,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, persatuan sukan di negara ini juga perlu memberikan maklumat tepat kepada KBS, MSN dan juga Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi mengelakkan sasaran diletakkan dalam mana-mana kejohanan bersifat ‘syok sendiri’ selain gagal direalisasikan atlet.

“Ketiadaan maklumat tepat berisiko menyebabkan sasaran ditetapkan buat kontinjen negara gagal direalisasi seperti mana yang berlaku di Sukan SEA Kemboja 2023 apabila Malaysia membawa pulang 34 pingat emas berbanding 40 emas yang disasarkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kegagalan di Sukan SEA Kemboja juga tidak wajar diletakkan di atas bahu Menteri KBS Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli Abdul Halim sepenuhnya, sebaliknya semua pihak perlu mengambil tanggungjawab itu termasuk pemimpin persatuan sukan.

“Sasaran diletakkan persatuan sukan perlu realistik dengan kemampuan atlet masing-masing dan bukan hanya ‘gah’ dengan sasaran namun bergelut untuk menunaikan apa yang ditetapkan apabila memasuki kejohanan seterusnya menjejaskan imej negara,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat