ARTIKEL

Fokus kesedaran biodiversiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian.

Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), sebagai sebahagian daripada program alam sekitar PBB.

Bertemakan ‘Jadilah sebahagian daripada pelan’, ia menyeru semua pihak berkepentingan untuk menghentikan dan memulihkan kehilangan biodiversiti dengan menyokong pelaksanaan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal sebagai Rancangan Biodiversiti.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi dan Sumber Semula Jadi Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Aqilah Awang Abdul Rahman, biodiversiti ialah kepelbagaian organisma yang ada di sekitar kita, termasuk flora, fauna dan mikroorganisma.

Katanya, setiap haiwan, tumbuhan, serangga, mikroorganisma dan kulat yang dijumpai di daratan, pergunungan, sumber air tawar dan laut merupakan sebahagian daripada komponen biodiversiti kita.

Jelasnya, Malaysia dinobatkan sebagai negara ke12 terkaya dengan biodiversiti di peringkat dunia berdasarkan Indeks Biodiversiti Kebangsaan.

Selain kepelbagaian spesies, kepelbagaian ekosistem dan sumber genetik turut menyumbang kekayaan biodiversiti di negara ini.

Ini kerana, Malaysia mempunyai hutan hujan tropika yang sememangnya dikenali dengan kekayaan sumber semula jadi dan hidupan liar seiring dengan negara tropika lain seperti Indonesia, Brazil, Uganda dan Colombia.

Pada 2019, Global Forest Watch melaporkan Malaysia kehilangan sebanyak 120,000 hektar hutan primer, meletakkan negara kita di tangga keenam tertinggi di dunia.

Lebih membimbangkan, konflik antara haiwan dan manusia semakin meningkat setiap hari.

BERITA LAIN

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Pelihara kepelbagaian warisan negara

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini. Andai kata tiada inisiatif

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina. Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan

BERITA TERBARU