Fokus kualiti hidup rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

BELANJAWAN 2024 mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI dengan fokus meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ia secara langsung penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama.

Perlu diingat apabila kita bercakap pengurusan isi rumah, kos sara hidup adalah elemen terpenting.

Ditegaskan bahawa menjaga kos sara hidup seisi rumah adalah tanggungjawab kerajaan mempunyai kuasa dalam menentukan dasar dan polisi ekonomi.

Tiada gunanya negara mempunyai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tinggi, tetapi ekonomi isi rumah terhimpit.

Keluarga daripada ibu bapa dan anak setiap bulan tidak ada lebihan untuk tabungan. Malah lebih parah sentiasa defisit hingga terpaksa berhutang.

Persoalan, apa diperlukan sebuah isi rumah?

Sudah tentu paling utama ialah keperluan makanan seharian. Rakyat mahukan bekalan makanan sentiasa tersedia dengan harga berpatutan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu membentangkan belanjawan bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat berjumlah RM393.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2024 iaitu RM58.7 bilion daripada RM393.8 bilion keseluruhan belanjawan, manakala Kementerian Kesihatan diperuntukan RM41.2 bilion.

Ahli ekonomi berpendapat, Belanjawan 2024 adalah belanjawan negara yang dilaksanakan bagi memberi keyakinan kepada pelabur dan keselesaan maksimum kepada rakyat.

Belanjawan dilihat juga sebagai latar belakang kekuatan ekonomi, keutuhan kestabilan politik, keupayaan kita langsaikan hutang dan selesaikan beberapa kerangka ekonomi makro yang asas.

Jelas, fokus utama Belanjawan 2024 adalah untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan subsidi bersasar.

Peningkatan hasil konsisten dari tahun ke tahun meningkatkan keupayaan kerajaan menterjemahkannya melalui peningkatan upah dan gaji pekerja.

Ini juga terbukti apabila hasil negara diunjurkan asalnya pada 2023, iaitu RM291.5 bilion diunjurkan semula kepada RM303.2 bilion.

Ini bermakna ada peningkatan hasil ketara. Ini satu peningkatan baik. Sesungguhnya Belanjawan 2024 dilihat mengambil kira cadangan daripada pakar pelbagai bidang dan juga badan bukan kerajaan (NGO) bagi menambah baik sistem pengurusan dan kebajikan rakyat.

Peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM393.8 bilion iaitu jumlah perbelanjaan yang besar dalam sejarah belanjawan negara. Ia merangkumi RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion bagi pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap golongan rentan, pemerkasaan semula Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) serta perbelanjaan penambahbaikan fasiliti di beberapa kementerian. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Lain-lain

Pimpinlah tanganku

BAGI anda kepimpinan itu seperti apa? Saya menganggap ia tanggungjawab