ARTIKEL

Fokus pembangunan dan kepentingan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Isu membabitkan pembangunan dan kepentingan rakyat terus menjadi tumpuan kerajaan.

Sehubungan itu, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Meradong, Baijuri Bidin diadakan di pejabat Daerah Meradong hari ini.

Mesyuarat yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Meradong, Datuk Ding Koung Hiing itu bertujuan membincangkan laporan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan di daerah Meradong.

Baijuri memberitahu, perjumpaan itu juga sebahagian insiatif untuk memantau projek rakyat, Projek Transformasi Luar Bandar ( RTP) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) dan projek kendalian agensi tertentu.

“Kita juga turut membincangkan beberapa perkara penting termasuk isu yang membabitkan masalah sosial setempat,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap kerjasama dan hubungan baik agensi perlaksana seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JABLB) Sarikei, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei , Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) dan lain- lain bagi memastikan perlaksanaan projek berjalan lancar.

“Memang tidak dapat dinafikan ada projek yang bermasalah terutama yang berkaitan dengan isu tapak, kos dan sebagainya. Namun saya berharap masalah ini ditangani dengan baik dan berhemah,” ujarnya.

Hadir sama ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.

Mesyuarat turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Meradong, Datuk Ding Koung Hiing. Foto Meradong Today
Antara ketua jabatan dan pemimpin masyarakat yang menghadiri mesyuarat.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU