PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Fokus utama kebajikan rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

CUKAI Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak pada 1 April 2015. GST yang diperkenalkan ini dengan kadar standard enam peratus untuk semua jenis barang dan perkhidmatan kecuali barang dan perkhidmatan tertentu.

Barang dan perkhidmatan yang dikecualikan termasuklah makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak, pembelian dan penyewaan rumah kediaman, jual beli tanah pertanian, pendidikan, pengangkutan awam serta perkhidmatan kesihatan.

Tujuan GST ini diperkenalkan adalah untuk merangsang ekonomi negara bagi mencapai status negara maju. Bagaimanapun, GST yang diperkenalkan ini telah mendapat bantahan daripada pelbagai lapisan rakyat di negara ini. Hal ini kerana rakyat terbeban dan terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi kerana harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat akibat daripada enam peratus GST yang diperkenalkan ini.

Dalam perkara ini, kita boleh melihat inisiatif untuk memperkenalkan GST bukan langkah penyelesaian yang munasabah kerana sudah semestinya rakyat yang akan menjadi mangsa. Rungutan ini menyebabkan GST dimansuhkan dan pada 1 September 2018 diganti semula dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

Kini, kita sedia maklum bahawa hutang negara semakin meningkat ekoran disebabkan pengurusan yang lemah dan berlakunya ketirisan sebelum ini. Bukan hanya itu, rakyat di negara ini turut dibelenggu oleh masalah kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Sedar akan perkara tersebut, Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kerajaan tidak akan memperkenalkan semula GST dan cukai kepenggunaan berasas yang lain untuk menangani hutang negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan tentang pekara tersebut semasa bercakap di sidang Dewan Rakyat baru-baru ini. Namun begitu, kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mengetatkan lagi pemberian subsidi kepada golongan kaya seperti T20 (kumpulan pendapatan 20 teratas) seperti syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besai yang lain.

Perkara ini dilakukan sama seperti pemberian subsidi elektrik dan subsidi diesel sebelum ini. Inisiatif yang diambil oleh pemimpin berwibawa ini lebih adil dan mementingkan kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan di negara ini. Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa penjanaan pertumbuhan ekonomi dan kesiapsiagaan para pelabur sama ada dari dalam atau luar negara untuk datang ke Malaysia lebih penting berbanding memperkenalkan semula GST. Menurut beliau, dua perkara ini dapat meningkatkan pendapatan negara dan pada masa yang sama kerajaan tidak perlu menyusahkan rakyat dengan memperkenalkan semula GST.

Selaku rakyat, kita menerima baik pandangan pemimpin yang berwibawa ini kerana mempunyai pandangan yang berbeza serta memiliki inisiatif tersendiri untuk menangani hutang negara. Perkara tersebut sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dapat memberi keyakinan rakyat di negara ini.

Rakyat di negara ini tidak seharusnya dibebani dengan cukai kerana bebanan hidup yang sedia ada sudah cukup untuk ditanggung oleh rakyat terutamanya kenaikan harga barang sejak kebelakangan ini. Oleh itu, rakyat mengharapkan kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dapat menangani masalah kenaikan harga barang dan hutang negara dengan cara yang lebih bijak dan tidak membebani hidup rakyat. Tuntasnya, kebajikan rakyat harus diberi keutamaan dalam membuat sebarang keputusan besar kerana pilihan yang kurang tepat sudah semestinya akan merugikan rakyat khususnya dan negara amnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan