ARTIKEL

Format baharu Piala MFL musim 2024/25

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan satu lagi perubahan membabitkan aksi Piala MFL apabila musim 2024/25 akan menampilkan format liga satu kumpulan berbanding format dua kumpulan yang digunakan pada musim 2023.

Badan pengendali itu menjelaskan perubahan format liga itu dilakukan selepas mendapat permohonan daripada pasukan dan sebagai salah satu inisiatif untuk mengukuhkan pembangunan bagi kelompok pemain bawah 23 tahun (B23).

“Perubahan format ini dilihat akan menyediakan lebih banyak perlawanan kepada pemain dan juga seperti yang diminta oleh kelab-kelab untuk meningkatkan kesediaan dan pendedahan pemain B-23 sebelum diserap ke pasukan Liga Super pada bila-bila masa.

“Bagi meningkatkan daya saing dan intensiti saingan Piala MFL, kuota pemain lebih umur dan pemain asing pertandingan ini juga akan dibuka untuk digunakan mengikut keperluan dan percaturan setiap kelab.

“Maksimum tiga pemain asing dan dua pemain lebih umur di atas padang pada satu-satu masa,” kata MFL.

Sebagai rekod, Piala MFL yang dimenangi Terengganu FC II (TFC II) pada musim lalu menyaksikan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Baca lain  Henti salahkan Hannah, MSN perlu bertanggungjawab - Hamidin

Setiap pasukan dalam kumpulan akan berentap sesama sendiri dan empat pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan meneruskan persaingan di pusingan kedua Piala MFL.

Lapan pasukan terbabit akan mengharungi tujuh perlawanan dan dua pasukan teratas akan mara ke final untuk merebut gelaran Juara Piala MFL.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,