ARTIKEL

Forum “Agi idup agi ngelaban” kongsi pengalaman berharga warga ATM mempertahankan kedaulatan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tarikh 16 September bukan sahaja diisytihar sebagai Hari Malaysia tetapi juga Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penolong Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, 16 September merupakan tarikh bersejarah buat rakyat Malaysia dan juga anggota ATM.

“Tarikh inilah yang membawa kepada satu sejarah yang amat penting dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum secara maya yang dianjurkan oleh Unimas yang menceritakan pengalaman berharga veteran dan anggota ATM bersempena Hari Malaysia, hari ini.

Menurut Fadzil, peranan yang signifikan dimainkan dalam usaha menyatupadukan pembentukan Malaysia ini bukan hanya terletak di bahu orang politik tetapi juga pejuang barisan hadapan seperti ATM, yang hidup dan mati mempertahankan negara sehingga kini.

Beliau menjelaskan, ramai generasi muda terutamanya yang tidak faham dan mungkin hanya membaca sejarah sebagai sebuah fiksyen, novel atau sebagai kisah untuk difahami sahaja.

“Mereka hanya memahami tetapi tidak dapat menghayati semangat di sebalik pembentukan Malaysia dan pengorbanan pasukan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Dengan demikian saya melihat bahawa forum kali ini adalah sesuatu yang signifikan dan dapat membantu terutamanya bagi mereka yang saya gelar sebagai buta sejarah,” tambahnya.

Sebagai makluman, forum ini merupakan program gabungan beberapa pihak yang terdiri daripada Institut Pengajian Borneo (IPB), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Bahagian Keselamatan serta anjuran bersama Program Hubungan Antarabangsa, FSSK, UNIMAS.

Hadir sama dalam perbincangan ini ialah Dekan FSSK, Dr Mohd Salleh Suhaidi, ahli panel terdiri daripada pesara ATM, mantan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw (Bersara), bekas Pegawai Pemerintah Regimen 22 Para Komando, Leftenan Kolonel Linus Lunsong Janti (Bersara), Pengarah Bahagian Keselamatan UNIMAS, Leftenan Kolonel Mohd Melintang Abdullah (Bersara) dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Sarawak, Mejar Pahot Joll.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup