ARTIKEL

Seramai 2,500 delegasi menghadiri upacara Segara Kerthi sempan Fprum Air Sedunia ke-10 di Bali, Indonesia, semalam. - Foto: worldwaterforum.org

Forum Air Dunia ke-10 dilancarkan dengan restu dan upacara ekologi Bali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALI, Indonesia: Forum Air Dunia ke-10 bermula semalam dengan upacara penyucian air Bali, Sagara Kerthi, bagi memberi penghormatan kepada alam semula jadi dan memohon keberkatan bagi kejayaan acara berkenaan.

Para perwakilan forum disambut dengan alunan tradisional Gamelan Gong Gede setibanya di tempat acara yang diadakan di pantai Kura Kura berhampiran Denpasar.

Perarakan tersebut memaparkan tarian suci seperti Topeng Panasar dan Baris Cerkuak, diikuti dengan ucapan daripada Pemangku Gabenor Bali, Sang Made Mahendra Jaya, dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

“Sumber air di Bali dianggap sebagai mata air rohani dan pusat peradaban air, yang menyokong kehidupan bukan sahaja untuk manusia tetapi juga untuk ekosistem sekitarnya,” kata Luhut dalam acara tersebut.

Kemudian, doa bersama dipimpin oleh seorang pendeta Hindu untuk memberkati kejayaan forum itu, diakhiri dengan pelepasan anak penyu, burung dan kura-kura ke alam liar, yang melambangkan keharmonian dengan alam.

Forum itu, yang diadakan setiap tiga tahun dan dianjurkan bersama oleh Majlis Air Dunia dan negara tuan rumah, bertujuan untuk memupuk hubungan kerjasama global dan menggalakkan tindakan dalam mengenal pasti isu-isu terkini berkaitan pengurusan air melalui penyelesaian bersepadu.

Fokusnya termasuk kepada pemuliharaan air, air bersih, keselamatan makanan dan tenaga serta mitigasi bencana.

Forum Air Dunia ke-10 bermula semalam hingga 25 Mei. – BERNAMA (Mohd Iswandi Kasan Anuar)

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU