ARTIKEL

RUTIN… Francis Harden bergambar kenangan bersama-sama petugas di RKKDAA semasa kunjungannya untuk menyantuni kanak-kanak di sini, semalam.

Francis Harden santuni kanak-kanak kurang bernasib baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis meluangkan masa menyantuni penghuni Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol (RKKDAA) agar mereka tidak berasa terpinggir.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu, kunjungan ke pusat jagaan RKKDAA merupakan rutin setiap kali menjelang musim perayaan.

“Objektifnya untuk menceriakan kanak-kanak di RKKDAA menjelang Hari Raya Aidilfitri agar mereka tidak merasa dipinggirkan tatkala rakan sebaya di luar sana menyambut perayaan bersama keluarga,” katanya selepas melawat RKKDAA, semalam.

Beliau menyampaikan duit raya dan bubur lambuk kepada 19 penghuni institusi berkenaan.

Terdahulu Harden menyerahkan sumbangan kerusi dan meja plastik kepada beberapa pertubuhan.

Antaranya jawatankuasa Dewan Serbaguna Taman Harmoni, yang menerima 100 kerusi dan dua meja plastik.

Ia diserahkan sendiri oleh Harden kepada Pengerusi Dewan Serbaguna Taman Harmoni Ketua Kampung Ahmad Alwi Kipli.

Jumlah sama disumbangkan kepada jawatankuasa Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah yang diterima Sharkawi Morshidi dan jawatankuasa Gelanggang Futsal RPR Taman Sentosa, yang diterima oleh Awang Kamaruddin Awang Majid.

Sementara jawatankuasa Gelanggang Bola Keranjang RPR Fasa Dua menerima 50 kerusi dan diterima oleh Kapitan Lai Joon Pin.

Program turut diselitkan dengan pengagihan bubur lambuk kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masyarakat Melayu di kawasan Simanggang.

Penghulu Empaga Bailey, Kapitan Ling Siew Hung, Tuai rumah Rose Emma Stanley Gate, Tuai rumah Lina Busang serta ahli wanita SUPP Cawangan Simanggang turut hadir sama.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.