ARTIKEL

Freda Kahang perjuangkan isu SINDIR BADAN di pentas ratu cantik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MEMILIKI tubuh bersaiz besar bukan penghalang untuk tampil yakin setanding wanita lain di pentas ratu cantik. 

Demikian, kata peserta Mrs Queen of The Worlds Sarawak, Freda Kahang nekad memperjuang isu sindir badan (body shaming) dalam kalangan wanita khususnya mereka yang bersaiz besar.

“Perbuatan ini memberi impak negatif kepada mangsa kerana mampu membuatkan seseorang hilang keyakinan diri berdepan dengan orang ramai,” ujarnya kepada Suara Sarawak, baru-baru ini. 

Freda turut menegaskan perbuatan mengutuk, menghina atau mencaci bentuk tubuh seseorang boleh dikategorikan sebgaai kesalahan jenayah. Ini kerana, Freda percaya kecantikan seseorang itu subjektif.

Justeru, Freda yang juga jururawat mengajak masyarakat mencegah isu penghinaan fi zikal agar tiada lagi wanita teraniaya dan berasa rendah diri.

“Gempal itu hebat dan seksi,” ujarnya. Menurut Freda, penyertaanya dalam pertandingan Mrs Queen Of the World Sarawak ialah membuktikan dirinya juga boleh menjadi sumber inspirasi kepada wanita senasib dengannya.

Sementara itu, Freda turut memperkenalkan keunikan etnik Selako atau Selakau di mata dunia iaitu dari segi tarian, makanan, adat resam, kostum dan banyak lagi menerusi platform ratu cantik ini. 

Berkongsi pencapaian dalam ratu cantik, Freda pernah merangkul naib juara menerusi Chubby Queen Sarawak, empat terbaik Ratu Kebaya Lundu, lima terbaik Model Search Sarawak dan Mrs Congeniality Queen of The World. 

“Terima kasih kepada penaja utama nottingheel dan semua yang terlibat dalam menjayakan QOTW, Sarawak. Terima kasih juga kepada idola saya, Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas kerana menjadi pendorong utama untuk menyertai pertandingan ratu cantik ini dan menyokong saya,” ujarnya. 

LAIN-LAIN BERITA

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

Tom Cruise berpisah dengan kekasih

HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan berakhir dengan perpisahan. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan

BERITA TERBARU