Trending

Futsal 5V5 U25: Triplex FT julang mahkota juara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pasukan Triplex FT berjaya muncul juara Kejohanan Futsal 5v5 Bawah 25 Tahun, Piala Pusingan Zon Tengah Sarawak, Musim B/2023 menumpaskan pesaing utama mereka A&D FT (2-1). 

Pasukan Triplex FT berjaya mengalahkan pasukan lawan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua terikat tanpa jaringan pada masa sebenar perlawanan di pentas final yang berlangsung di Stadium Bukit Lima, Sibu Ahad lepas.

Kejayaan itu membolehkan pemain pasukan  Triplex FT membawa pulang wang tunai RM1,500, piala pusingan, piala iringan dan juga pingat.

Sementara itu, wang tunai RM700 beserta piala dan pingat diterima pemain pasukan A&D FT selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Shomchai FT pula muncul pemenang tempat ketiga dan turut membawa pulang wang tunai RM300 termasuk pingat selepas berjaya menumpaskan PFT (1-0) di tempat keempat dan menerima hadiah piala.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Futsal 5v5 merangkap Pengarah Urusan Futbolista Group,Philemon Wity.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru