KUCHING: Pasukan Kaki Bangku FT mengukir nama sebagai pasukan Juara Kategori remaja Kejohanan Futsal Edisi Gawai 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan semalam.
Dianjurkan Kelab Bola Sepak V-Foss 2023, Kaki Bangku FT berjaya menewaskan pasukan Anggerik FT yang mengungguli naib juara.
Manakala tempat ketiga milik pasukan 8 Destroyer FT, dan pasukan Aseta FT menduduki tempat keempat.
Sementara itu, kejohanan tersebut turut mempertandingkan kategori veteran yang menyaksikan penguasaan hebat pasukan ZZ United selaku juara.
ZZ United berjaya mengenepikan cabaran pesaing terdekat iaitu pasukan Nasma FT selaku naib juara.
Dalam pada itu, tempat ketiga milik pasukan V-Foss berbanding pasukan RR United sekadar berpuas hati ditempat keempat.
Pasukan juara dan naib juara kategori remaja menerima hadiah wang tunai dan piala manakala hadiah wang tunai diterima pasukan ditempat ketiga dan keempat.
Berbeza dengan pasukan juara dan naib juara kategori veteran, mereka menerima hadiah wang tunai, piala dan jersi manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai dan piala.