PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) melonggarkan syarat penyertaan Kejohanan Futsal (Lelaki & Wanita) Piala Sarawak 2021 dengan membenarkan pemain berusia 45 tahun ke bawah untuk tampil beraksi.
Presiden FAS, Datuk Posa Majais menjelaskan, ia mengambil cadangan beberapa pihak untuk kedua-dua kategori tersebut.
“Sebagai penganjur kami bersetuju dengan cadangan tersebut, memberi kebenaran kepada pemain lebih usia untuk beraksi.
“Pastinya saingan lebih rancak dengan pembabitan kelompok pemain umur tersebut,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.
Kejohanan yang turut mendapat kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) itu akan berlangsung pada dua tarikh berbeza.
Kategori lelaki akan berlangsung pada 22 Mei di Kompleks Sukan Asajaya.
Manakala kategori wanita akan berlangsung di Dewan Balai Ringin pada 23 Mei.
Hadiah wang tunai yang agak lumayan menanti empat pasukan terbaik lelaki dan wanita.
Keterangan lanjut mengenai syarat pertandingan boleh menghubungi Encik Anan di talian 012-8904901, Encik Addin di talian 013-8997172 dan Encik Yusri di talian 018-9863874.
Yuran pendaftaran ialah RM350 untuk kategori lelaki dan RN250 untuk kategori wanita.