Futsal Piala Sarawak 2021 di tangguh lagi

KEJOHANAN Futsal (Lelaki & Wanita) Piala Sarawak 2021 yang di jadual berlangsung hujung bulan ini ditunda ke satu tarikh baharu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais memberitahu, keputusan untuk menunda kejohanan itu selepas mendapat nasihat daripada pihak berwajib berikutan peningkatan kes jangkitan pandemik Covid-19.

“Kita terpaksa menunda kejohanan ini ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

“Ia mengambil kira situasi yang belum selamat dengan peningkatan kes jangkitan pandemik Covid-19,” ujar Datuk Posa kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Apa yang pasti, saingan dijangka berlangsung awal bulan Julai nanti. Sebelum ini kejohanan berprestij itu di jadual berlangsung awal bulan April dan ditunda lagi buat ke hujung bulan ini (Mei). Menurut Datuk Posa, pihaknya sudah pun memaklumkan kepada pengurus pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan mereka berhubung penundaan kejohanan itu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 08 Mei 2021

Suara Sarawak