Futsal Piala Sarawak ditunda hingga selepas Aidilfitri

KEJOHANAN Futsal (Lelaki & Wanita) Piala Sarawak 2021 yang sebelum ini dijadual berlangsung pada April ditunda selepas Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais memberitahu, pihaknya menetapkan saingan untuk kategori lelaki berlangsung pada 22 Mei.

Manakala kategori wanita pada 23 Mei. “Kita terpaksa menunda tarikh kejohanan itu selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Ia terpaksa dilakukan ekoran pertembungan jadual perlawanan Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021,” ujar Datuk Posa kepada Arena Suara Sarawak semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Mac 2021

Suara Sarawak