KUCHING: Kejohanan Futsal Terbuka, Simunjan 2023 yang melabuhkan tirainya Sabtu ini bakal menyaksikan mulanya misi perburuan gelaran juara buat dua pasukan, AS FT dan Den Contruction.
Kedua-dua pasukan terbabit akan berentap di final Sabtu ini di Arena Sri Nancy, Simunjan.

Menurut Pengerusi Kejohanan, Mohamad Zaini Morshidi, perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pasukan terbabit berlangsung pada jam 8 malam.
“Kedua-dua pasukan ini berjaya layak ke final selepas menumpaskan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir hujung minggu lalu,” ujar Mohamad Zaini kepada Arena Suara Sarawak.
Dalam pada itu, pasukan Nazhet B muncul pemenang tempt ketiga apabila berjaya menumpaskan Boiler United J (B) dengan jaringan (4-0).
Perlawanan kedua-dua pasukan terbabit sudah pun berlangsung Ahad lalu.