Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

FUTSAL WANITA SSL 2022 Underground FC juara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
JUARA...Awla Dris (tengah) menyampaikan piala kepada ketua pasukan Underground FC selaku juara.
JUARA…Awla Dris (tengah) menyampaikan piala kepada ketua pasukan Underground FC selaku juara.

KUCHING: Pasukan Underground FC mencipta kejutan apabila muncul juara Kejohanan Futsal Wanita, Liga Sukan Simunjan (SSL) 2022.

Menumpaskan D’ Samarahan FC (2-0) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Sri Nancy, Simunjan Sabtu lalu, kejayaan itu menyaksikan pemain Underground FC membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat.

Manakala pasukan D’ Samarahan FC selaku naib juara menerima wang tunai RM700, piala dan pingat.

Sementara pasukan Zero United FT dan Tibak Baok yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM400, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Kejohanan sehari itu yang menghimpunkan 16 pasukan itu dianjurkan bersama oleh Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bersatu (PBB) Cawangan DUN Simunjan.

Hadir sama Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Simunjan, Mohd. Raili Jawawi, Timbalan Ketua PBB Cawangan Simunjan, Bojeng Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Sarawak, Abu Zaid Abu Bakar, Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Simunjan merangkap Pengelola Bersama Pertandingan Futsal Wanita, Rosita Poni dan Ketua PBB Zon 4, Rangawan, Rafendi Arifien.

UNTUK KENANGAN…Awla Dris (berdiri ditengah) dan tetamu lain bergambar bersama pemain empat pasukan terbaik.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan