ARTIKEL

Futurise jalin MoU dengan UAE Regulations Lab untuk laksana inovasi kawal selia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Futurise Sdn Bhd (Futurise) mengorak satu lagi langkah ke arah membentuk Malaysia untuk mewujudkan penyelesaian baharu dalam pelbagai bidang termasuk berkaitan dron, kenderaan autonomi, kecerdasan buatan serta percetakan 3D.

Syarikat di bawah Kementerian Kewangan itu menjalin usaha sama dengan UAE Regulatory Lab (RegLab), yang dikawal Sekretariat Agung Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk mewujudkan persekitaran perundangan yang kondusif dalam mempelopori inovasi kawal selia.

Dua rakan kongsi baharu itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bakal menyaksikan kedua-dua pihak memanfaatkan pengetahuan teknikal dan pengalaman masing-masing di pelbagai peringkat dalam usaha merintis laluan dan asas yang kukuh untuk mempercepat penyelesaian baharu yang muncul melalui perkakasan kawal selia dan inisiatif pemangkin lain di Malaysia dan UAE.

MoU itu ditandatangani oleh Menteri Negara dan Setiausaha Agung Kabinet UAE, Maryam Alhammadi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Rosihan Zain Baharudin, pada 12 Jun di Dubai.

“MoU ini akan membantu kami untuk membincangkan cabaran, pendekatan inovatif dan idea yang akan menguatkan usaha kawal selia kami dan mencapai piawaian dan penanda aras global dalam mewujudkan ekosistem inovasi kawal selia yang berkembang pesat yang benar-benar akan mengubah sektor ini,” kata Maryam Alhammadi.

Rosihan berkata: “Kami sangat teruja dan berbesar hati bekerjasama dengan UAE Reglab dalam menyediakan semua perkakasan penting untuk merangsang ekosistem teknologi Malaysia.

“Ini akan membantu kami dalam memperhalusi banyak inisiatif di Futurise dan membantu kami menuju ke arah yang betul dengan melihat amalan terbaik di negara lain.

“Gabungan pengetahuan kami dengan UAE RegLab akan mewujudkan lapisan asas yang kukuh untuk dimanfaatkan kedua-dua negara ke arah kemungkinan pewujudan penyelesaian yang lebih dinamik dan inovatif,” kata Rosihan.

Beliau juga menekankan bahawa perkongsian ini akan memberi impak positif kepada landskap inovasi kedua-dua negara.

“Bagi Malaysia, ini membuka lebih banyak ruang untuk ekonomi masa depan berkembang di bawah rangka kerja Dasar Pelaburan Baharu dan aspirasi ekonomi digital negara,” katanya.

Perkongsian itu juga akan mengaktifkan aktiviti penyelidikan bersama dalam bidang penting yang mempunyai kepentingan bersama seperti reka bentuk, pembangunan dan pengurusan program perkakasan kawal selia dan platform inovasi terbuka untuk pelbagai industri.

Ini akan memacu percubaan penyelesaian kawal selia yang boleh direplikasi, disetempatkan dan berskala untuk digunakan bergantung pada keperluan ekosistem.

Majlis menandatangani MoU itu disusuli dengan dua sesi RegTalk yang disertai oleh pakar industri dalam pelbagai topik mobiliti anjuran UAE Reg Lab dan Futurise.

Semasa lawatan tiga hari ke UAE, perwakilan Malaysia mengambil bahagian dalam mesyuarat dan sesi rantaian dengan agensi ekosistem, memupuk akses dan pertukaran idea untuk menggalakkan perbincangan dan kerjasama yang akan merevolusikan masa depan mobiliti. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU