JOHOR BAHRU: Tindakan sekumpulan pimpinan dan ahli PKR keluar parti untuk menyertai MIC disifatkan sebagai sesuatu yang agak pelik oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.
Beliau berkata penelitian mendapati keputusan itu berpunca daripada rasa kecewa kerana tidak diberikan jawatan dalam parti. Fuziah berharap mereka berjaya memperoleh jawatan yang diharapkan di parti baharu.
Mengulas gesaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya pengundi tidak memilih Pakatan Harapan (PH), beliau berkata kenyataan itu menunjukkan usaha menghidupkan semula kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Fuziah turut berpandangan strategi Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan penyokong BN boleh memberi kesan kepada gabungan itu sendiri kerana mencerminkan keretakan dalaman.
Beliau berkata perkembangan itu dilihat memberi kelebihan kepada PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 11 Julai ini lapor Bernama.




