ARTIKEL

FZLF FT ungguli PIALA ARAF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»PASUKAN FZLF FT melakar sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala ARAF Kategori Wanita 2024.

Menutup tirai aksi fi nal di padang bola sepak Kampung Annah Rais, Padawan, menyaksikan pasukan pilihan itu menang dengan jaringan (2-0) ke atas SY FC GIRL menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua terikat tanpa jaringan.

Kejayaan itu membolehkan pemain FZLF FT membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

SY FC GIRL selaku naib juara pula menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat..

Tempat ketiga milik pasukan Grace CBF United yang membawa pulang wang tunai RM500, piala dan pingat.

Wang tunai RM300, piala dan pingat diberikan kepada pemain pasukan ARAF yang memenangi tempat keempat.

Pengurus Pasukan FZLF FT, Faizul Hazmi gembira dengan kejayaan yang diperoleh barisan pemainnya.

“Satu permulaan baik bagi kami terutama pemain pasukan ini.

Kejayaan merangkul gelaran juara ini memperlihat usaha serta kerja keras pemain terbalas,” katanya.

Baca lain  Generasi memilih kerja?

Sementara itu, Faizul mewakili pihak pengurusan pasukan mengucapkan terima kasih kepada semua pemain.

Dia turut mengakui, pemain pasukannya melalui cabaran yang cukup hebat sepanjang kejohanan itu berlangsung.

“Cabaran diterima pasukan lain tidak kurang hebatnya, namun pemain berjaya mengatasi tekanan tersebut dengan baik,” tambah Faizul.

KEKALKAN MOMENTUM

Apa-apa pun beliau berharap kecemerlangan yang diperoleh pemain pasukan FZLF FT kekal berterusan selepas ini.

Beliau juga berharap kejayaan berterusan dapat dikecapi pemain FZLF FT ketika menyertai kejohanan lain pada masa akan datang.

“Perancangan kami untuk menyertai beberapa kejohanan lain pada masa akan datang.

“Saya percaya pemain akan cuba mengekalkan momentum terbaik mereka,” jelas Faizul.

Dalam perkembangan sama, jurucakap jawatankuasa penganjur turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat 

menjayakan kejohanan itu.

Katanya, sokongan dan kerjasama yang diberikan semua wakil pasukan bertanding menjadi penyumbang kejayaan serta kemeriahan pengelolaan tersebut.

“Terima kasih kepada semua pihak, wakil pasukan serta pelbagai pihak lain.

“Sokongan yang diberikan merupakan punca kejayaan penganjuran kejohanan terbabit.

Baca lain  Penemuan orang utan di Gunung Lesong

“Kami berharap kerjasama seperti itu dapat diteruskan selepas ini,” katanya.

Jelasnya, ia penting sebagai nadi dan penanda aras terbaik ke arah pembangunan sukan bola sepak wanita.

BAKAT

Beliau memaklumkan, objektif penganjuran kejohanan untuk wanita adalah untuk memberi peluang kepada mereka mengetengahkan potensi masing-masing.

Malah, ia mampu dijadikan landasan merapatkan hubungan silaturahim semua pihak “Kejohanan bola sepak untuk wanita ini agak jarang dianjurkan.

“Kami percaya kejohanan ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada wanita berkecimpung dalam sukan nombor satu di dunia ini,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, usaha pihak penganjur menganjurkan kejohanan itu jelas memperlihatkan komitmen mereka dan cuba memberi penekanan dalam pembangunan sukan bola sepak wanita. Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala ARAF Kategori Wanita 2024 disertai lapan pasukan.

Empat lagi pasukan lain ialah Shackers Women, RWR FT, Anonymous dan Gerung Women FT.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh