ARTIKEL

Fahmi (tengah) ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Gabungan Kelab Media Malaysia Dan Mesyuarat Agung Tahunan 2024 semalam.

Gabungan Kelab Media Malaysia boleh guna Tabung Kasih@HAWANA bantu pengamal media tangani masalah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) boleh membantu para pengamal media yang menghadapi sebarang isu atau masalah pada kadar segera menerusi Tabung Kasih@HAWANA, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan dilaksanakan menerusi BERNAMA bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang memerlukan bantuan, tidak kira masih dalam perkhidmatan atau sudah bersara.

Menurutnya, GKMM boleh memainkan peranan dan mewujudkan kerjasama strategik bersama-sama dengan BERNAMA supaya lebih ramai pengamal media dapat disantuni dan dibantu mengikut keperluan.

“Langkah ini dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk kita jalinkan hubungan strategik, dan harapan saya bukan sekadar isu kebajikan dapat dibantu, tetapi juga beberapa perkara lain, termasuk masa depan bagi pengamal media di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran GKMM Dan Mesyuarat Agung Tahunan 2024 di Hotel Riverside Majestic di sini semalam.

Sehubungan itu, Fahmi mendedahkan fungsi lain GKMM, termasuk membantu dari segi menyelaraskan kelab media di seluruh negeri di Malaysia, sekali gus memberi perhatian kepada perkara melibatkan kebajikan ataupun isu-isu yang dihadapi para pengamal media di negeri masing-masing.

“Sudah pasti setiap negeri mempunyai cabaran yang tertentu. Jadi, gabungan ini akan dapat mencerminkan kerencaman dan kepelbagaian keadaan media di negeri masing-masing,” katanya.

Pada program yang sama, Fahmi turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM20,000 kepada GKMM sebagai permulaan untuk membantu dari segi kebajikan dan pelaksanaan aktiviti bagi semua kelab media di seluruh negeri.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU