Gabungan muka lama dan baharu terajui kepimpinan mahasiswa

BINTULU: Seramai 22 orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan enam orang wakil pelajar daripada setiap program Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu MPP IKM Bintulu, sesi 2020 berikrar menunaikan tanggungjawab dalam majlis Penyerahan Watikah dan Ikrar MPP IKM Bintulu yang berlangsung di Dewan Perdana Sri Kenyalang, IKM Bintulu.

Acara Penyerahan Watikah dan Ikrar MPP diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajarsesi 2020 iaitu pelajar Semester 3 program Diploma Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan Loji (DIK),Jeremy Telajan Jana di hadapan Pengarah IKM Bintulu, Dr.Haji Mohd Nawawi Omar.

Majlis turut disertai dengan bacaan Ikrar Pelajar yang diketuai Alison Awun Anak Ben daripada progam Diploma Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi Dan Kawalan Loji(DIK) Semester 5.

Dr. Haji Mohd Nawawi dalam ucapannya,berkata salah satu daripada 11 Business Strategies IKM Bintulu bagi tahun 2020 iaitu Strategy 5: Enrichment Program Student Values (R.I.S.E)Elements termasuk Character Formation, Personality & Disciplines, Life Styles and Values & Ethic.

“Barisan MPP sesi 2020, menyaksikan gabungan muka lama dan baharu bagi menunaikan amanah kepimpinan berimpak yang dipilih warga mahasiswa.

Gabungan ini semestinya menjadi kelebihan dan kekuatan yang membolehkan pendekatan dan dasar MPP terus dapat disetarakan dengan 9 Business Strategies IKM Bintulu,” katanya.

“Saya mengharapkan kepimpinan MPP kali ini berupaya untuk menzahirkan kepimpinan berimpak tinggi melalui kualiti kerja dihasilkan, perbincangan secara profesional, berpandangan jauh, berfikiran matang dan kerjasama yang baik di antara warga mahasiswa dan warga kerja membuktikan kewibawaan kepimpinan MPP”.

Sementara itu, Telajan Jana, pemuda berasal dari Setiam, Bintulu berkata, pengalaman menjadi salah seorang jentera pilihanraya MPP sesi 2019 dan sukarelawan Minggu Jalinan Mesra (MJM) sesi Jan-Jun 2020 telah mendorong beliau untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi sesi ini.

Dengan manifesto untuk menambahbaik fasiliti asrama, mempelbagaikan bekalan makanan basah di koperasi dan pembangunan projek inovasitroli untuk para pelajar mengangkat barang.

Justeru,Jeremy turut menyatakan bahawa“kepimpinan MPP kali ini akan mengangkat dan memperkasakan kerjasama di antara pelajar dan wargakerja IKM Bintulu dalam mewujudkan sebuah institusi pendidikan yang berasaskan kemahiran ke peringkat global dan berketrampilan”.

Selaras dengan motto MPP iaitu “Mahasiswa Beserakup, Pemangkin Kecemerlangan Institut”.

Pada majlis yang sama,. Dr. Haji. Mohd Nawawi turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa MPP IKM Bintulu sesi 2020 / 2021 yang diketuai Michael Anak Jangi, Pensyarah daripada Program Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji (DOL) yang telah memberikan sumbangan, tindakan proaktif dan kerjasama di kalangan ahli yang amat baik dalam pelaksanaan aturcara dan persiapan tempat MPP sesi 2020 yang amat menarik dan di luar jangkaan.

Hadir sama,Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (KPHP), Wan Alwi Wan Bujang,Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA), Azman Long,

Suara Sarawak