Gabungan parti yang besar bakal muncul

KUCHING: Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Dr Nadrawina Isnin berpendapat akan ada permuafakatan antara Umno, Bersatu dan Pas bagi mewujudkan satu gabungan parti yang besar. Menurutnya, perkara tersebut berlaku kerana orang lama Umno masih setia dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Justeru apa yang bakal berlaku kepada politik PH ialah perpecahan kerana wujud perpecahan dalam PH, khususnya dalam PKR sebelum ini. “Beberapa bulan kebelakangan ini, wujud Team Azmin Ali dan Team Anwar Ibrahim yang cuba merebut sokongan daripada ahli-ahli parti,” katanya.

Jelasnya lagi, Team Azmin Ali juga dikhabarkan diterima oleh majoriti ahli parti berbanding Team Anwar Ibrahim. “Untuk parti Dap pula, sokongan kaum Cina di Semenanjung tidak menjadi masalah. Cuma keadaan di Sarawak agak berlainan sedikit iaitu sokongan akar umbi dalam kalangan kaum Cina semakin menurun.

“Namun secara keseluruhannya, ia tidak menjejaskan sokongan untuk Dap,” katanya dalam Mesyuarat Pengurusan Biro Politik Umno yang dihadiri oleh Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hassan semalam, timbul isu berkaitan pembentukan pakatan baharu selepas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Adam mendakwa Ahmad Zahid mengaku ada perancangan Umno untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membentuk satu pakatan baharu.

Mengulas tentang isu kerjasama baharu itu jelas Nadrawina, ia bergantung kepada bagaimana keputusan akan dibuat selepas mesyuarat diputuskan. “Apa-apa boleh berlaku. Saya berpendapat, sebagai pemimpin dalam sesebuah parti sedia ada, bermuafakat adalah jalan terbaik untuk menyesaikan kemelut dalaman parti.

“Ia mungkin sukar untuk mengekalkan situasi menang-menang tetapi perlu ada ketua yang dapat menerima apa-apa juga keputusan. “Masalahnya ketua mana yang sanggup berkorban?” soalnya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa politik akan sentiasa menjadi sesuatu yang menarik terutama mereka yang bijak mengawalnya. “Dan ia memerlukan pemimpin yang hebat untuk melakukannya,” jelasnya.

Suara Sarawak