ARTIKEL

Andreana Celly

Gadis Bidayuh juara Miss Supranational Malaysia 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WANITA cantik kelahiran Lundu, Andreana Celly, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai anak Bidayuh pertama untuk memenangi gelaran Miss Supranational Malaysia 2024.

Gadis berusia 20 tahun ini berjaya menewaskan lima finalis lain pada malam peringkat akhir pertandingan ratu cantik itu yang diadakan di Royal Selangor Club di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih membanggakan, Miss Supranational Malaysia 2023, Deidre Walker, menyampaikan mahkota 2024 kepada Andreana, yang direka oleh Ceres Jewels dan bernilai AS$1.5 juta (RM7.035 juta).

Malah, Andreana turut menerima hadiah daripada Ceres Jewel yang bernilai RM25,000.

Sejurus selepas memenangi gelaran berprestij itu, Andreana melahirkan rasa terkejutnya, dengan mendedahkan beliau tidak menjangka akan menang kerana masa persiapannya yang singkat.

BERITA LAIN

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Pelihara kepelbagaian warisan negara

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini. Andai kata tiada inisiatif

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina. Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan

BERITA TERBARU