KUCHING: Gadis kacukan Bidayuh-Inggeris, Tamira Lallemand berjaya merangkul gelaran ‘Miss Cultural Harvest Festival 2019’ di pentas akhir pertandingan malam semalam.
Majlis tersebut diadakan di Kampung Budaya Sarawak, Santubong sempena ‘Sarawak Harvest and Folklore Festival (SHFF) 2019.’
Pemenang berusia 22 tahun itu membawa pulang wang tunai RM3,000, mahkota, selempang, trofi, dan sejambak bunga dan biasiswa untuk Diploma Pelancongan tajaan Nusantara Institut of Information Technology (NIIT).
Beliau juga menerima bekalan setahun syampu dan perapi rambut Sunsilk, serta penginapan percuma di Hotel Riverside Majestic dan Damai Beach Resort.
Naib juara pula dimenangi Dayang Nursyafiqah-Qawiemah, membawa pulang wang tunai RM2,000, dan ketiga dimenangi Lydia Yusreena Abdul Ellias, membawa pulang RM1,000.
Kedua-dua pemenang juga menerima selempang, sejambak bunga, trofi, biasiswa Diploma Pelancongan tajaan NIIT, produk Sunsilk dan penginapan percuma di Hotel Riverside Majestic dan Damai Beach Resort.
Sembilan finalis lain turut mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai RM300, kursus bahasa Inggeris tajaan NIIT, produk Sunsilk and trofi.
Penyampaian hadiah dilakukan Timbalan Pengurus SEDC Edwin Abit.
Finalis dinilai berdasarkan paras rupa, kecerdasan, personaliti serta pakaian di pentas akhir.
Dayang Nursyafiqah-Qawiemah berjaya merangkul gelaran Miss Beautiful Eyesight dan Miss Favourite Karuna tajaan Eyesight Optic Sdn Bhd dan Karuna Enterprise Sdn Bhd. Wang, wang tunai RM1,400, trofi, selempang dan jambangan bunga.
Miss Congeniality dimenangi Nurdiyana Baharin dengan hadiah wang tunai RM700, trofi, selempang.