ARTIKEL

Foto hiasan: Freepik

Gadis taasub cinta telefon lebih 100 kali sehari, buat teman lelakinya tertekan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Kerana terlalu taksub dengan teman lelakinya, Xiaoyu, 18, dimasukkan ke hospital dipercayai mengalami gangguan personaliti.

South China Morning Post melaporkan tingkah laku Xiaoyu bermula pada tahun pertamanya di kolej yang terlalu bergantung dengan teman lelakinya; sentiasa mahu menghubunginya dan mahu tahu keberadaannya.

Tingkah laku tersebut menegangkan hubungan mereka dan membuat teman lelakinya tertekan.

Xiaoyu dikatakan menelefon teman lelakinya lebih 100 kali sehari dan panggilan tersebut tidak berjawab membuat Xiaoyu kecewa dan mula merosakkan harta benda.

Xiaoyu pernah mengancam melompat dari balkoni dan pegawai datang tepat pada masanya.

Bimbang akan keselamatannya, teman lelakinya menghubungi polis.

Dia dibawa ke hospital dan didiagnosis dengan gangguan celaru personaliti atau “otak cinta” yang menggambarkan jenis tingkah laku obsesif dalam hubungan romantis.

Dr Du Na, doktor perawat Xiaoyu menjelaskan, gangguan personaliti ambang boleh berlaku bersama-sama keadaan lain seperti kebimbangan, kemurungan dan gangguan bipolar.

Situasi Xiaoyu dikaitkan dengan keterikatan masa kecilnya yang tidak mempunyai hubungan sihat dengan ibu bapanya.

Bagi Dr Du bagi kes teruk dialami Xiaoyu, memerlukan campur tangan perubatan.

BERITA LAIN

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis. NHMS 2023:

HARIMAU BELANG MATI DILANGGAR DI KLK

KUANTAN: Seekor harimau belang dilaporkan mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

BERITA TERBARU