ARTIKEL

PDRM

Gaduh depan kedai minuman, dua lelaki dicekup polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Dua lelaki yang terbabit kes pergaduhan di hadapan sebuah kedai minuman sehingga tular di laman sosial baru-baru ini, akhirnya dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superitendan Aswandy Anis berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh, gempar di tempat awam.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan kedua-dua lelaki itu boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

“Berdasarkan kepada video berdurasi 49 saat yang tular di laman sosial Facebook, polis mendapati kejadian berlaku di perkarangan hadapan sebuah kedai minum di Jalan Pinang Laka sebelum berjaya menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

“Pada masa yang sama, kita juga ada menerima satu laporan berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Aswandy menegaskan, polis memandang serius ke atas apa-apa kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam di daerah ini.

“Saya juga menggesa kerjasama masyarakat agar terus menyalurkan maklumat kejadian jenayah kepada pihak polis demi menjaga ketenteraman dan keselamatan daerah ini,” katanya.

Baca lain  Petronas sumbang tiga mesin PCR kepada Pejabat Kesihatan Bintulu

Kejadian pergaduhan itu tular di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,