ARTIKEL

Kapal tangki yang ditahan di Kuala Miri semalam.

Gagal kemuka dokumen sah, penguat kuasa Maritim Miri tahan kapal tangki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah kapal ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri pada kedudukan 2.1 batu nautika barat laut Kuala Miri, semalam.

Pengarah APMM Miri, Kapten Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kapal tangki itu ditahan ketika pasukan bot ronda APMM melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

“Kapal itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal mengemukakan dokumen yang sah dan Akta Kawalan Bekalan 1963 iaitu tiada surat Control Supplies Act (CSA) serta sijil Petroleum Development Act (PDA).

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati kapal tangki itu dikendalikan oleh nakhoda warga tempatan dan tiga kru yang kesemuanya warga Indonesia.

Seorang nakhoda warga tempatan dan tiga kru kapal warga Indonesia yang turut ditahan…

“Ekoran itu, kesemua kru dan kapal yang ditahan diiring ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, APMM komited dalam menguat kuasa undang-undang dan tidak berkompromi terhadap pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response (MERS) 999 atau Pusat Opeasi Zon APMM Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi APMM Sarawak di 082-432544 atau 082-432016 untuk maklum balas segera.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu