ARTIKEL

Gagal seludup masuk Pati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Seorang lelaki tempatan ditahan ketika membantu rakannya dari Indonesia menyeludup masuk empat lelaki dan tiga wanita dari negara jiran itu ke negeri ini.

Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata lelaki tempatan berusia 26 tahun bersama-sama kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia antara 25 hingga 51 tahun itu ditahan oleh pasukan Task Force Skuadron Perisai 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota Pos Raso di jalan tanah liat Kampung Raso kira-kira jam 8.30 malam semalam.

“Semasa menjalankan tugas Op Benteng, pasukan operasi telah menahan tiga buah motosikal yang ditunggang oleh beberapa orang lelaki yang disyaki warga asing dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati salah seorang penunggang motosikal terbabit adalah warga tempatan manakala lima lelaki dan tiga wanita adalah warganegara Indonesia, yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah memasuki Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Damataries, hasil soal siasat mendapati seorang daripada warga Indonesia yang ditahan adalah tekong yang membawa masuk kesemua Pati berkenaan.

Katanya suspek berurusan dengan ejen iaitu seorang lelaki senegaranya yang dikenali dengan nama Pak Sung, yang mengupah suspek untuk membawa Pati masuk ke Sarawak dengan bayaran RM600.

Manakala, Damataries berkata lelaki tempatan terbabit diminta oleh lelaki Indonesia berkenaan membantunya mengambil Pati di ladang Rimbunan Hijau dan dihantar ke Bau, dengan bayaran Rm250.

Katanya kedua-dua mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak dua bulan lepas kerana merupakan rakan seperguruan silat.

“Tekong warga Indonesia itu menggunakan motosikal untuk mengambil Pati di Semunyin Jaya, Indonesia dan menyembunyikan mereka di ladang Rimbunan Hijau sebelum meminta tolong lelaki tempatan itu untuk mengambil mereka,” katanya.

Damataries menambah tujuan kemasukan semua Pati berkenaan adalah untuk bekerja di kedai makan di Bau.

Katanya kedua-dua tekong terbabit akan dipohon reman selama 28 hari manakala kesemua Pati ditahan selama 14 hari untuk siasatan lanjut

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU